Generasi kelima (2008–sekarang) Honda City

Generasi kelima
Juga dikenaliHonda Fit Aria
Guangzhou-Honda City
Pengeluaran2008–sekarang
PemasanganAyutthaya, Thailand
Alor Gajah, Malaysia
Greater Noida, India
Guangzhou, China
Lahore, Pakistan
Sumaré, Brazil
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Adapazarı, Turki
Stail badanSedan 4 pintu
LayoutFF
Enjin1.3 L 4 sebaris i-VTEC
1.5 L 4 sebaris i-VTEC
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
Tapak roda2,550 mm (100 in)
Panjang4,395 mm (173.0 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,470 mm (58 in)
Berat kering1,150 kg (2,540 lb)
Muatan bahan api42 L (11 US gal; 9 imp gal)
BerkaitHonda Fit/Jazz
Honda Airwave
Honda Freed

Honda City baharu dilancarkan di Bangkok, Thailand semasa acara Siam Paragon pada 10 September 2008 diikuti New Delhi, India pada 25 September 2008[3] dan seterusnya pada Januari 2009 di Pakistan dan Indonesia. Honda turut mengumumkan bahawa model City ini turut ditawarkan di beberapa negara Eropah dengan enjin 1.4 liter i-VTEC yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automasi manual (AMT) i-SHIFT 6 kelajuan.

Bahagian belakang Honda City.

Ia turut dilancarkan di Malaysia pada 18 Disember 2008.[4] Ia dijadualkan untuk tiba di Singapura menjelang penghujung September. Model yang dijual di Malaysia dan Singapura hanya didapati dengan transmisi automatik 5 kelajuan. Di Malaysia, model ini boleh didapati dalam dua varian berikut:-

  • Gred S - model asas dengan rim aloi 15 inci
  • Gred E - model lanjutan dengan rim aloi 16 inci, "paddle shift", butang kawalan audio pada stereng, lampu isyarat membelok pada cermin sisi, cermin sisi boleh dilipat serta tempat duduk belakang boleh dilipat